sebelum aku kuar lepak tengok bola malam tadi sempat gak la,aku makan 1bar coklat. tetibe puan emak cakap cam neh " makan la,banyak2 coklat tuh...awak da laa gemuk..sok badan tuh,cam orang anak seploh"
aku terdiam. sempat gak la, berdiskusi tentang coklat barang dua ayat. ceh.!
kerana tak puas hati,aku masuk bilik. mulut yang sedang asik mengunyah2 coklat tuh masih terus bekerja. mata aku melilau2 carik incik google. *da macam ayat wat novel plak*
ok jumpe.
kawan2,selama neh,korang dok sibuk pikir yang coklat neh bole gemuk la,itu laa..haa..neh aku da rajin kan diri da neh carik fakta tentang coklat.
FAKTA 1 : Coklat tidak menyebabkan jerawat
haa,neh aku penah dengar. ramai gak member2 aku yg dok sibuk tak mau makan coklat banyak2 sebab takut jerawat. karut ok.!
jerawat tuh tumbuh sebab faktor len,macam perubahan hormon ketika baligh,teknik pemakanan yang tidak sihat macam kurang pengambilan zinc dan banyak iodin . haa,pas neh g makan zinc bebanyak,agak2 tak cukup g amek atap zink kat uma korang tuh.baru jerawt takdak.haha.
FAKTA 2 : Coklat tidak mengemukkan
owh,fakta neh la yang paling ramai terpesong. so,aku nak kasi cete panjang lebar sikit biar korang semua jelas.
Perangkaan terbaru dari seluruh dunia menunjukkan, bilangan orang gemuk kian ramai. Makan sederhana, termasuk coklat, diiringi senaman kardiovaskular, adalah rahsia mengekalkan berat nadan sihat. Yang penting, tahap kecergasan, bukan hanya kehilangan berat badan. Doktor dan pakar pemakanan, orang terbaik menasihat mengenai pengurusan berat badan. Bagaimanapun, petua termudah ialah makan secara sederhana. Sebenarnya, tiada sesuatu makanan tertentu yang boleh menggemukkan. Lazimnya, yang menentukan berat badan seseorang ialah jumlah yang dimakan. Sebagai peringatan, Persatuan Pemakanan Amerika menasihatkan:"…coklat boleh dimakan secara sederhana."
haa,dengar tuh doktor bayan da cakap.so,pas neh da bole da setat makan coklat. tapi kalau korang g bantai 1 peti ais coklat,mmg laa naik cam belon badan tuh. yang penting air suam yang mencukupi.ceh!
FAKTA 3 : Pengidap diabetes bole makan coklat
haa...dengar tuh.!
selama neh,kalau korang selalu dengar orang diabetes tak bole makan coklat,tapi arini aku kasi tau...pengidap diabetes bole makan coklat ok.!
persatuan diabetes Britain,Amerika dan Malaysia kini mengakui bahawa pengambilan gula, atau makanan bergula, dalam jumlah yang terhad sebagai sebahagian diet tinggi serat dan rendah lemak, boleh diterima. Produk khusus untuk pesakit diabetes tidak menawarkan sebarang kelebihan kepada mereka dibandingkan dengan makanan biasa. Justeru, penghidap diabetes boleh menikmati coklat, tetapi secara sederhana, mengikut nasihat pakar pemakanan.
FAKTA 4 : Coklat tidak sebabkan karies gigi
ha,penah tak mase kecik2 dulu,mak korang sibuk marah korang jangan makan coklat banyak2..toksah bising,mak aku pon gitu.konon2 kalau makan coklat gigi rongak la..nak2 anak jiran aku time tuh gigi dia abeh jahanam,so budak tuh dijadikan contoh..maunnya tak takut tengok gigi rongak tuh..time tuh,mental aku baru nak bergerak. ye la,mana tak nya baru budak2 la katakan..mana reti lagi nak search google semua tuh.so,ikutkan aje.
Apabila anda mengalami sakit gigi yang teruk dan sedang menunggu berjumpa doktor gigi, coklat perkara terakhir bermain dalam fikiran. Namun jangan terburu-buru membuat kesimpulan, fikir dahulu faktanya. Kerosakan gigi disebabkan pelbagai faktor dan hakisan enamel pada gigi adalah proses dinamik. Asid yang terhasil daripada pecahan karbohidrat makanan di dalam mulut menyebabkan hakisan ini. Amalan menjaga kebersihan mulut dan pemflouridan air terbukti dapat mengurangkan karies di sesetengah negara, walaupun pengambilan gula tetap sama atau meningkat. Satu lagi berita baik, tanin pada koko mungkin membantu mencegah karies dengan mengurangkan pertumbuhan plak, manakala asid oksalik dalam coklat dikatakan dapat mengurangkan pengeluaran asid. Kini anda boleh terus makan coklat dan senyum tanpa segan silu. Tetapi jangan lupa berus gigi.
FAKTA 5 : Coklat tidak menyebabkan sakit jantung
yang neh aku tak penah dengar plak mak aku duk bising sal sakit jantung,mebi sebab dalam family aku tade yang sakit jantung kot. kalau tak mesti da kene jadik bahan eksperimen tuh. hakhak
Dalam kes sakit jantung, coklat juga sering dipersalahkan. Punca utama peningkatan kes sakit jantung di Malaysia ialah gaya hidup kurang sihat dan kurang cergas. Merokok, kurang bersenam, pemakanan tidak seimbang dan berlemak tepu adalah penyebab sebenarnya. Sebaliknya, coklat mengandungi antioksidan, dikenali sebagai fenol, yang mungkin mampu mengurangkan tahap kepadatan lipoprotein (kolesterol LDL). Hasil kajian terkini menunjukkan bahawa asid stearik pada mentega koko atau lemak dalam coklat tidak memberi kesan kepada kolesterol darah. Untuk menjaga kesihatan, kita patut mengamalkan pengambilan makanan mengandungi banyak serat dan karbohidrat kompleks, tetapi kurang lemak dan gula. Kita juga perlu sentiasa bersenam. Pengambilan sedikit coklat sebagai sebahagian diet seimbang tidak akan menimbulkan masalah kepada jantung.
FAKTA 6 : Coklat menguatkan tenaga batin
wah ! giler ke hape...yang neh pon tade aku penah dengar. yang aku tau kalau tengah marah ke,tengah bad mood ke kalau makan coklat bole relax. so,kalau awek2 ke balak2 korang ke yang tengah marah,bawak jee coklat cadbury barang 2 bar...satgi elok laa tuh..dalam iklan cadbury pon ada tunjuk dan bagi contoh..hahhaa
kalau yang menguatkan tenaga batin tuh,memang laa tade bukti lagi kat mesia neh sebab tade pon fakta yang mengatakan makanan bole menguatkan tenaga batin..kang ramai plak yang g beli coklat semata2 nak kuatkan tenaga batin..hahaa..
tapi coklat neh bole merangsangkan otak dan berupaya mencetuskan reaksi positif kepada tindakan kimia otak kita dan memperbaiki mood seseorang.
Glenn Cardwell merumuskan: "Makan coklat antara nikmat sebenar kehidupan."
Ini bermakna, coklat ialah hadiah yang sempurna. Tidak dinafikan, kesihatan menjadi keutamaan hampir semua orang. Jika dimakan secara sederhana, walaupun setiap hari, coklat tidak memudaratkan. Jadi, janganlah bimbang hendak menikmati coklat, kerana ia antara anugerah kehidupan paling enak.sekian
p/s : sumber dari yang bole dipercayai.








Letak Komen Di sini
Catat Ulasan